Wednesday 4 February 2009

PPIK LUBOK CINA




Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti (PPIK) Lubok Cina merupakan salah satu PPIK yang terdapat di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Ini merupakan salah satu projek komuniti dan inisiatif kerajaan yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi dengan usahasama syarikat Maxis Broadband Sdn Bhd bagi membantu masyarakat komuniti secara umum dan khususnya warga desa Lubok Cina di dalam usaha merapatkan jurang digital serta memperbaiki kehidupan komuniti dari segi ekonomi, sosial dan persekitaran.
Objektif PPIK ini diwujudkan adalah untuk:-
(a) Menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian Internet di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pedalaman;
(b) merapatkan jurang digital antara masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar serta masyarakat luar jangkau (underserve community);
(c) menyediakan latihan dan kemahiran ICT kepada masyarakat di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pedalaman; dan
(d) merapatkan jurang minda antara masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar melalui capaian maklumat.

FOKUS UTAMA BAGI MERAPATKAN JURANG DIGITAL
Fokus utama bagi merapatkan jurang digital adalah melalui dua (2) elemen penting yang akan memperkasa komuniti dan penjanaan ilmu iaitu jurang teknologi dan jurang minda:

Terdapat lebih 2000 telecentre di Malaysia iaitu sebanyak 1169 adalah di bawah pengurusan KTAK yang mana merangkumi 42 buah tapak adalah Pusat Internet Desa (PID) dan 250 buah adalah PPIK.

Perkhidmatan yang disediakan di PPIK Lubok Cina ini adalah secara percuma yang mana pembelajaran yang disediakan adalah:-

1. Pengenalan Komputer Peribadi
2. Microsoft Word, Excel, Power Point dan;
3. Blog
PPIK Lubok Cina ini terletak di Kg Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Ia merupakan salah satu daripada 15 PPIK yng terdapat di Melaka.

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang melihat blog ini silalah berkunjung ke PPIK ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai operasi dan perkhidmatan yang disediakan.


AHLI JAWATAN KUASA PPIK LUBOK CINA

Pengerusi: Tn Hj Mansol B Hj Rahim Setiausaha: Mazdiana Bte Ab Wahid Bendahari: Pn Hjh Rahmah Bte Hj Husin AJK 1: Pn Norul Ain Bte Mansol

AJK 2: En Shazri Nirwan B Zabani

AJK 3: Cik Suria Bte Suhaimi


AJK 4: Pn Rohani Bte Harun

SENARAI KELAB DAN PERSATUAN DI KG RAMUAN CHINA BESAR:

  • PERSATUAN IBU TUNGGAL
  • PERSATUAN GERAKAN WANITA
  • PERSATUAN GASING PERKASA

  • PERSATUAN KOMPANG
  • PERSATUAN PENGASIH
  • PERSATUAN BELIA 4B
  • PERSATUAN NELAYAN MELAKA BARAT
  • KEMAS
  • PERSATUAN MARHABAN DAN YASIN

KEMUDAHAN DI PERSEKITARAN PPIK LUBOK CINA

  • SEKOLAH KEBANGSAAN RAMUAN CHINA BESAR
  • SEK MEN KEB LUBOK CINA
  • PEJABAT POS LUBOK CINA

  • BALAI POLIS LUBOK CINA
  • KLINIK KESIHATAN LUBOK CINA
  • IKBN ALOR GAJAH
  • KKTM ALOR GAJAH

Wajah dan Suasana Proses Pembelajaran ICT di PPIK Lubok Cina





Aktiviti Mengenal Komuniti


Karnival Jom Internet di Melaka





_____________________________________________________________________
Antara AKtiviti dan Perusahaan Yang Diadakan di persekitaran PPIK Lubok Cina
1. Program Anak Angkat IKBN Alor Gajah bersama Penduduk Kg Ramuan China Besar
Program ini merupakan program pihak IKBN Alor Gajah bersama penduduk Kg Ramuan China Besar. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari hari Jumaat hingga Ahad. Penduduk Kg Ramuan China Besar juga telah berpeluang untuk menjadi keluarga angkat kepada pelajar-pelajar ini. Setiap sebuah rumah, seramai 2-3 orang pelajar IKBN akan menjadi anak angkat kepada penduduk kampung yang berbesar hati untuk menerima mereka. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya gotong royong membersihkan kampung seperti masjid, balai raya, kubur dan surau-surau yang terpilih. Pada hari terakhir warga IKBN ini berada di Kg Ramuan China Besar, sukaneka bersama penduduk kampung telah diadakan dan hari terakhir tersebut berakhir dengan jamuan bersama-sama. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah diadakan:


_____________________________________________________________________
2. Pertandingan Persatuan Gasing Perkasa (wakil Ramuan China Besar) bersama Persatuan Gasing Bukit Rambai, Melaka
Pertandingan ini merupakan pertandingan persahabatan diantara Persatuan Gasing Perkasa bersama dengan Persatuan Gasing Bukit Rambai. Pertandingan ini telah diadakan di gelanggang gasing Kg Ramuan China Besar. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Persatuan Gasing Bukit Rambai.




No comments: